Sunday, 17 April 2011

Jam Omega Seamaster Bumper Carsia 50an Gold Plated





Antara koleksi kesayanganku..Omega Seamaster Bumper Carsia tahun 50an Gold Plated..Injin bumper..warna keemasan yang menyerlah lagi mulus..

Wednesday, 6 April 2011

Citizen Cutlass 70an




Jam tangan Jepun jenama Citizen Cutlass tahun 70an ..jenis automatik. 30 jewel saiz 38mm..tanah putih yang mulus tanpa calar balar...Sangat sesuai untuk yang kuat berpeluh kerana jenis nie "open tru" maknanya kena buka ikut cermin hadapan, belakang tak boleh buka...air tak masuk bro...Insyaallah..

Titoni Airmaster 20 Gold Filled awal 60an




Ni dia jam cun buatan Swiss tahun 60an jenama Titoni AirMaster 20 Goldfilled bersaiz 32mm, manual winding yang tepat bertali kulit.. Dress watch ...

Saturday, 2 April 2011

Anak Sundang





Anak Sundang antik berulukan perak lama berbilah lurus bermata dua dan  sangat tajam dari besi hitam yang bermiang dan  mempunyai rintik-rintik  emas putih pada pangkal. Dipercayai telah berusia lebih 400 tahun lalu dan mempunyai runtuhan bilah kerana berjasa dalam banyak pertarungan. Dipercayai milik istana Terangganu zaman Megat Panji Alam  dan dipercayai pernah digunakan semasa Perang Haji Abdul Rahman Limbong Terangganu menentang Kompeni Hindia Timur Inggeris pada 1928. Besi hitam yang sentiasa basah dan berbau wangi serta amat ringan.Sarung baru belum dibalut perak..bila dah ikat mesti terangkat..

Keris Mataram





Antara koleksi keris -keris antik  kesayanganku.Berasal dari Kerajaan Mataram. Besi tua bewarna hitam yang bertulang.Mempunyai alur sungai ditengah bilahnya.Susah nak cari..Dikatakan milik Pangeran Agong Deponegoro yang berjihad dengan Kompeni Belanda sekitar tahun 1825-1830 yang akhirnya telah dibuang daerah ke Makassar, Sulawesi Selatan lalu mangkat disitu pada 8 Januari 1885. Telah banyak berjasa semasa zaman darurat pada 1948-1960 lalu diikuti perang 13 Mei 1969.Sebilah keris berisi dan telah memakan korban yang banyak berdasar keruntuhan bilahnya. Bau mata bilah yang tetap berbau wangi dan sentiasa kelihatan basah.Antara fadilat boleh digunakan sebagai "selusoh" Wallahualam...

Cundrek



Ini barang antik.Namanya Cundrek atau Badek.Asal besi dari Tanah Bugis.Berusia hampir 350 tahun.Berbau wangi yang tersendiri walaupun telah disapu minyak attar..Ada tapak gajah lagi. Ada seperti damar dan rambut pada pangkal ulu.Hulu tembaga kuning bermotifkan tumbuh-tumbuhan dipercayai diperkemas oleh tukang dari Sumatera.Ada isi..Kalau ada pergadohan atau huru-hara sisipkan dipinggang dan teruskan perjalanan anda Insyallah selamat tanpa gangguan..Dah teruji ..Alhamdulillah.

Friday, 1 April 2011

Cincin Mata Sumur

Batu akek Mata Sumur telah saya perolehi semasa saya berkidmat di Melaka Bandaraya Bersejarah pada tahun 1996..di tebus dari seorarang penjual batu dari Minagkabau..Menurut beliau batu ini diambil dari bawah air terjun..diikat perak Kelantan asli yang tebal..Berkuku 9..melambangkan perjuangan Wali Songgo di bumi Indonesia..Berasa dingin dan selesa apabila memakainya..Kiranya direndam semalaman "mata" tersebut akan tenggelam dan hilang..apabila diangkat semula dari air rendaman "mata" tersebut akan muncul kembali secara perlahan-lahan..