Sunday 17 April 2011

Jam Omega Seamaster Bumper Carsia 50an Gold Plated





Antara koleksi kesayanganku..Omega Seamaster Bumper Carsia tahun 50an Gold Plated..Injin bumper..warna keemasan yang menyerlah lagi mulus..

Wednesday 6 April 2011

Citizen Cutlass 70an




Jam tangan Jepun jenama Citizen Cutlass tahun 70an ..jenis automatik. 30 jewel saiz 38mm..tanah putih yang mulus tanpa calar balar...Sangat sesuai untuk yang kuat berpeluh kerana jenis nie "open tru" maknanya kena buka ikut cermin hadapan, belakang tak boleh buka...air tak masuk bro...Insyaallah..

Titoni Airmaster 20 Gold Filled awal 60an




Ni dia jam cun buatan Swiss tahun 60an jenama Titoni AirMaster 20 Goldfilled bersaiz 32mm, manual winding yang tepat bertali kulit.. Dress watch ...

Saturday 2 April 2011

Anak Sundang





Anak Sundang antik berulukan perak lama berbilah lurus bermata dua dan  sangat tajam dari besi hitam yang bermiang dan  mempunyai rintik-rintik  emas putih pada pangkal. Dipercayai telah berusia lebih 400 tahun lalu dan mempunyai runtuhan bilah kerana berjasa dalam banyak pertarungan. Dipercayai milik istana Terangganu zaman Megat Panji Alam  dan dipercayai pernah digunakan semasa Perang Haji Abdul Rahman Limbong Terangganu menentang Kompeni Hindia Timur Inggeris pada 1928. Besi hitam yang sentiasa basah dan berbau wangi serta amat ringan.Sarung baru belum dibalut perak..bila dah ikat mesti terangkat..

Keris Mataram





Antara koleksi keris -keris antik  kesayanganku.Berasal dari Kerajaan Mataram. Besi tua bewarna hitam yang bertulang.Mempunyai alur sungai ditengah bilahnya.Susah nak cari..Dikatakan milik Pangeran Agong Deponegoro yang berjihad dengan Kompeni Belanda sekitar tahun 1825-1830 yang akhirnya telah dibuang daerah ke Makassar, Sulawesi Selatan lalu mangkat disitu pada 8 Januari 1885. Telah banyak berjasa semasa zaman darurat pada 1948-1960 lalu diikuti perang 13 Mei 1969.Sebilah keris berisi dan telah memakan korban yang banyak berdasar keruntuhan bilahnya. Bau mata bilah yang tetap berbau wangi dan sentiasa kelihatan basah.Antara fadilat boleh digunakan sebagai "selusoh" Wallahualam...

Cundrek



Ini barang antik.Namanya Cundrek atau Badek.Asal besi dari Tanah Bugis.Berusia hampir 350 tahun.Berbau wangi yang tersendiri walaupun telah disapu minyak attar..Ada tapak gajah lagi. Ada seperti damar dan rambut pada pangkal ulu.Hulu tembaga kuning bermotifkan tumbuh-tumbuhan dipercayai diperkemas oleh tukang dari Sumatera.Ada isi..Kalau ada pergadohan atau huru-hara sisipkan dipinggang dan teruskan perjalanan anda Insyallah selamat tanpa gangguan..Dah teruji ..Alhamdulillah.

Friday 1 April 2011

Cincin Mata Sumur

Batu akek Mata Sumur telah saya perolehi semasa saya berkidmat di Melaka Bandaraya Bersejarah pada tahun 1996..di tebus dari seorarang penjual batu dari Minagkabau..Menurut beliau batu ini diambil dari bawah air terjun..diikat perak Kelantan asli yang tebal..Berkuku 9..melambangkan perjuangan Wali Songgo di bumi Indonesia..Berasa dingin dan selesa apabila memakainya..Kiranya direndam semalaman "mata" tersebut akan tenggelam dan hilang..apabila diangkat semula dari air rendaman "mata" tersebut akan muncul kembali secara perlahan-lahan..

Cincin Berlubang Geliga Gunung Ledang

Batu geliga berlubang saya tebus dari bodiguard seorang Sultan pada 1992. Beliau terpaksa berpuasa putih selama 40 hari untuk memujuk Tuan Puteri.Cuma rada 7 butir di Gunung Ledang. Dikatakan penawar bisa serta demam panas.Diikat dengan perak Kelantan.Pernah hilang dari saya selama hampir 3 bulan akan tetapi alhamdullilah datang kembali sehingga sekarang.

Cincin Raja Delima Retak Seribu

Ada cerita menarik mengenai batu ini..batu ditebus dari Penjaga (Raja Jin Islam) Tasek Pawajanggi Si Maha Meru ..Datang secara nyata tunggang harimau yang bergelar "Si-Berlian"... Batu merah dan jika terkena cahaya akan nampak seolah-olah batu retak seribu..Diikat perak Kelantan dengan kuku suasa..Pakaian raja-raja zaman dahulu..Dikatakan sebagai pengasih dan penunduk..antara koleksi saya yang paling besar..Apabila ditebus batu permata ini dalam masa 2 tahun tidak boleh menebus apa-apa barang lain dari alam berkenaan..Wallahualam..

Cincin Fairuz

Cincin Fairuz berikat perak Kelantan. Simpel bentuk batu yang mengerutu tandanya barang ori..Dipercayai Fairuz berasal dari najis burung merpati...Dalam kitab lama ada mengatakan bahawa barang sesiapa memakai Fairuz, Insyallah akan selamat dan terhindar dari bahaya lemas dan tenggelam dilautan..Wallahualam fisawabb..

Thursday 31 March 2011

Jam Antik Tissot Automatik lewat 50an





Jam antik automatik lewat tahun 50an yang masih gagah berkhidmat untuk tuannya. Injin jenis "Bumper" yang jarang-jarang ditemui. Sangat cantik dan mulus..

Pisau Belati


Salah satu senjata pendek Pahlawan Moro Filipina, Bugis dan Banjar.Diperbuat dari campuran besi lama dan gergaji balak.Bilah matanya berukuran 5 inci, sangat tajam dan sesuai untuk tujuan sembelih dan lapah sahaja. Hulu diperbuat daripada kayu hutan dan diperkemaskan pulak dengan tembaga.Sarung pisau dari kulit dan mempunyai penyangkut untuk diselit pada pinggang..

Friday 25 March 2011

Pisau Lapah




Kalau nak tahu, ini Pisau Lapah ..Baru ditempah dari German Steel. Dijamin tidak berkarat..InsyaAllah... Sangat tajam khusus untuk melapah dan boleh juga dijadikan senjata.Hulu kayu berlapik tembaga.Sarung kulit anak lembu yang lembut. Sangat sesuai untuk aktiviti out-door. Panjang bilah 5 inci dan sangat tajam.

Thursday 24 March 2011

Omega Constellation Chronometer





Jam kesayanganku..untuk tatapan dan jamu mata..kalau kena harga ...bole bincang bro..

Omega Seamaster Carsia Bumper 1954




Jam Omega lama yang cun abiss.. tahun vintage 1954 Model Seamaster Bumper yang juga dikenali sebagai Gold Top atau juga dikenali sebagai Gold Filled...berkilat...Tanah kuning emas berkilau..bebas calar dengan injin bumper lagi..